| Follow || Dashboard |
//Pink Is Sweet
Cinta Love 사랑?
Saturday 15 February 2014 | 10:16 | 0 Talking ♥

             Assalamualaikum

Cinta.. Bila kau akan hadir?Sekarang?Esok atau nanti? Cinta.. Betulkah kau begitu penting?Cinta.. Betulkah kau wujud?Cinta.. Betul kah kau buta?Cinta.. Cinta.. Aku tidak pasti sama ada aku layak atau tidak untuk ada cinta.

Dulu..

Aku gagal mencintai Allah,agama ku sepenuh hati. Tapi aku berjaya mencintai lelaki sepenuh hati ku. Aku lupa pada tanggungjawab ku padaNya tapi tak pernah sekali aku lupa untuk berhubung dengan 'kekasih hatiku' . Aku tutup hati ku untuk agama ku,tapi aku bukakan hati aku untuk 'kekasih hati' . Aku tak minum arak,aku tak berjudi,aku tak pernah berpegang tangan,aku tak pernah berdua-duaan dengan lelaki, aku tak pernah buat maksiat. Meskipun tak pernah aku buat semua ni, aku tetap juga tidak pernah mencintai Allah sepenuh hati ku. Aku tahu Allah wujud,aku tahu Allah itu tuhan ku, aku tahu islam agama ku tapi aku hanya biar diri ku digelar islam tapi tidak menjalankan tanggungjawab ku. Aku leka dengan dunia sementara ini sampai aku lupa pada dunia akhirat ku. Aku tidak pernah berusaha mengenali agama ku tapi aku selalu berusaha mengenali kononnya 'kekasih hatiku' . Aku taksub akan cinta pada manusia sampai aku lupa cinta ku seharusnya hanya pada yang satu.

Kini..

Aku sedar Kekasih Hati ku harus dia. Aku belajar mencintai DIA. Aku belajar mengenali DIA, aku mencintai DIA. Aku mahu mencintai DIA dan agama ku sepenuh hati. Seharusnya aku sedar dahulu,malunya aku kepadaNYA. Layak kah aku mencintai DIA? DIA yang pertama. DIA harus yang pertama. Aku akan terus dan terus berusaha agar hati ni ikhlas dan Menyayangi dan Mencintai DIA sepenuh Hati. Allah itu Tuhan ku, Islam itu agama ku. Mencintai manusia? Hanya laa keluarga ku dan kawan ku. Untuk insan yang bergelar lelaki?Belum masanya,kerana aku tahu betapa hebatnya permainan syaitan bila iman kita baru sahaja membina sedikit demi sedikit. Aku takut iman ku runtuh. Yang aku mahu sekarang hanya  Cinta ku Hanya untuk DIA.

Ku berharap..

Aku bukan manusia yang sempurna bahkan tidak pernah akan sempurna. Aku cuma mahu menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ya Allah, tabahkan hatiku. Engkau kuatkan iman ku.Bimbing lah aku Ya Allah agar aku sentiasa berjalan di jalan mu Ya Allah. Sedarkan aku bila aku mula leka Ya Allah. Aku hambamu yang hina.Sering melakukan kesilapan jadi bantulah hamba Mu ini Ya Allah.

Love ALLAH more than anyone else.


Older Post
♥ Disclaimer ♥


hi peeps ! im ida .. im from seremban but currently stay in ipoh .. please do follow me and thanks visiting me :)


♥ Tagboard ♥



♥ Credits ♥

Skin By //SuhailaRoslan